Nujum Pa’ Blalang

2,294 views

Published: 2 years ago

Category: 2000 dan Kebawah, Kejam, Komedi, Melayu

Description:

Filem dimulakan dengan diperkenalkan watak Belalang, seorang budak yang sangat rajin dan melakukan kerja ladang serta mengambil upah untuk menyara hidup keluarganya. Beliau mempunyai seorang bapa yang dipanggil Pak Belalang, yang merupakan seorang yang sangat malas dan kerjanya hanya tidur siang malam. Apabila orang bertandang ke rumah, di dapurnya tiada apa walaupun kopi. Akhirnya, tetamu dijemput minum minuman campuran arang bontot kuali.

Pada suatu hari, Belalang terserempak dengan dua orang pencuri, Badan dan Nyawa, yang mencuri kambing dan lembu orang kampung. Belalang menakut-nakutkan pencuri tersebut dengan menyamar menjadi “anak jin yang mahu makan darah” untuk mendapatkan balik lembu dan kambing sebaik pencuri tersebut melarikan diri. Di rumah penghulu, dua orang pengembala yang kehilangan lembu dan kambing dan orang kampung mencari penghulu untuk melaporkan hal tersebut. Dalam keriuhan, Belalang muncul dan mengatakan bapanya seorang nujum yang mampu mengetahui kedudukan lembudan kambing tersebut. Dalam perasaan tak percaya, penghulu dan orang kampung yang lain turut ke rumah Pak Belalang.

Komen Dari FB

Leave a Reply